APA
DOSA KAMI
![]() |
| Add caption |
Memanglah kita selalu saja
terbaca di akhbar yg bayi comel di buang.
Perkara ini dah jadi macam satu berita yg dah basi….berita yg kerap
didengar. Kalau kita kerap mendengar
bermakna betapa kerapnya pembuangan bayi ini berlaku. Saya mungkin tidak dapat
memahami kenapa dan mengapa seorang ibu sanggup membiarkan bayinya dibuang.
Tapi naluri seorang ibu yg membuatkan saya memahami dari awal kita mengandung sehinggalah 5 bulan
usia kandungan kita sudah mula merasakan pergerakkan Betapa bayi itu telah pun
mendengar suara ibunya , perasaan ibunya dan tabiat ibunya. Berkongsi makan
bersama….berkongsi oksigen bersama….berkongsi
rasa bersama….tapi kenapa apabila bayi itu keluar tiba2 sikap ibu ini langsung
seperti takde perasaan membuang di merata tempat malah ada tu dgn niat mahu
membunuh bayi ini.
Tiada istilah “ANAK HARAM” kerana mereka di lahirkan tanpa
tercalar satu dosa pun… seperti anak2 yg lain.
Kenapa sesetengah org terlalu memandang HINA dgn anak2 luar nikah?
Kenapa kita harus MENGEJI anak2 ini.
Tanyalah pd mereka2 yg dilahirkan sebagai anak luar nikah, adakah mereka mahu
dilahirkan di muka bumi ini. Ubahlah
persepsi kita utk memandang rendah dgn anak2 ini kerana kita sendiri tidak tahu
apa bakal terjadi pada keluarga kita. Fikirlah kita mungkin ada anak
perempuan…adik perempuan…cucu perempuan…anak sedara perempuan, takut nanti
kalau kita terlalu taKsub menghina org lain melahirkan anak luar nikah tiba2 ia
berlaku pada batang hidung sendiri.
Pada ibu2 yg sedang mengandung
anak luar nikah, tolonglah dunia anda bukanlah musnah or gelap kerana kelahiran
anak itu, menjadikan anda manusia yg lebih insaf….manusia yg lebih kuat ….lebih
berhati2….manusia yg lebih tabah dan cekal.
Setiap bayi yg lahir di muka bumi ini telah Allah tetapkan perjalanan
hidup mereka….Allah sendiri mengharamkan kita membunuh janin ini bermakna anak
itu bukan membawa malapekata bagi ibu itu sendiri. Setiap manusia pernah
membuat kesilapan samada besar atau kecik tapi jadikan kesilapan itu satu
pengajaran agar kita lebih peka menilai manusia yg bernama “LELAKI’.

No comments:
Post a Comment