BILA MASUK TAHUN BARU
AJE SEMUANYA NAIK….
Isu
berkaitan kenaikan harga barang-barang keperluan adalah isu sejagat yang
berkaitan langsung dengan kepentingan rakyat kebanyakkan dan menyentuh tentang
survival kehidupan seharian mereka.
So,
nampaknya, untuk tahun 2014, kena kerja lebih keras, kena perlu lebih jimat dan
kena pandai kawal kewangan seharian. Kalau dulu minum air teh tarik, sekarang
minum Teh O, kalau dulu makan spageti, sekarang kena makan nasi campur dengan
lauk seketul ayam. Malah ada yg up date dlm blog harga daun pisang pun naik ni
yg membuatkan peniaga2 yg menggunakan daun pisang terpaksa naik
kan harga makanan mereka.
Dalam
keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang semakin mahal dan pendapatan
rakyat tidak bertambah secepat kadar kenaikan harga, maka kesannya ialah kos
sara hidup akan terus naik dan taraf hidup rakyat akan merosot. Situasi yang
sangat biasa berlaku sekarang lantaran disebabkan desakan hidup, bagaimana IbuBapa
terpaksa keluar meninggalkan rumah diawal pagi untuk mencari rezeki ketika
anak-anak belum lagi terjaga dari tidur dan pulangnya pula menjelang lewat
malam apabila anak-anak telah lena dibuai mimpi. Ketiadaan masa berkualiti
bersama keluarga akan melahirkan anak-anak yang terabai, ketandusan kasih
sayang, rapuhnya institusi keluarga sehingga akhirnya mewujudkan generasi
anak-anak yang sarat dengan gejala sosial. Apatah lagi untuk meluangkan masa
dengan masyarakat dan persekitaran

No comments:
Post a Comment