SIAPA
KATA JADI SURIRUMAH REST & RELAX
Bersabarlah wahai SEMUA ISTERI…ISTERI…
sesungguhnya pekerjaan yang paling banyak mendapat pahala adalah menjadi suri
rumah, pahalanya melebihi segala pekerjaan di dunia.
Siapa kata jadi surirumah senang boleh tidur sesuka
hati… jalan sesuka hati…
Bangun
jer pagi dah sedia kan breakfast untuk suami
n anak2, then tunggu habis breakfast , siap2
kemaskan yang breakfast tadi, pastu sibuk basuh baju lak, dalam pada masa yang
sama kemas bahagian dapur n tengok menu
utk masak tengahari. Lepas sidai baju,…terus pergi mini market beli
barang2 dapur , then terus balik rumah n
bergegas ke dapur utk sedia kan makan
tengahari …anak2 n sometime suami balik makan. Lepas masak anak2 pun dah nak
balik so get ready utk hidangkan makanan utk mereka. Ingat lepas
anak2 makan boleh duduk ker , belum lagi ada anak yg kena gi sekolah agama lak so dah kelam kabut
hantar mereka ke sekolah. Dalam perjalanan balik tuh pikir pulak tuk minum
petang cause kalau suami tak balik makan sure dia balik nanti kena sediakan
minum petang. Sampai saja rumah lepas solat zohor check keje sekolah anak2
kalau ada kena duduk dgn mereka dan bantu mana yg patut kalau tak dok sekali
alamatnya dok mengadap TV jer lah mereka. Baru rasa nak rehat tengok jam dah
nak masuk 4.00 ptg terus ke dapur utk siapkan minum petang . Lepas tu tengok
jam waktu anak2 dah nak balik dari sekolah agama dah bergegas pergi ambil
anak2. Balik rumah terus hidangkan minum petang sebab anak2 dah lapar balik
dari sekolah. Sedang melayan anak2 minum suami pula balik keje so terus siapkan
air n hidang utk suami pulak. Masa tu pun dah nak masuk waktu maghrib, jadi
kena pastikan semua anak2 dah pergi mandi dan kemas buku2 sekolah tuk esok.
Lepas solat
maghrib kena terus ke daputr siapkan makan malam, selesai makan malam kena
kemas dan bersihkan dapur. Baru waktu tu lah boleh duduk kejap tengok TV tapi
tengah menonton tu tangan tetap berjalan dok lipat kain baju. Kalau sempat
tengok pun satu drama je lah sbb otak nie dok pikir nak gosok baju keje suami n
baju sekolah anak2. Bila dah selesai semua kena pula pastikan anak2 masuk tido
dan hidangkan suami air kegemaranya kopi
n biskut. Lepas tu bergegas ke bilik tido anak yg kecik sekali sediakan susu n
tidokan baby. Dah confirm anak kecik tu tido lena barulah boleh relak n masuk
tido. Inilah cerita kawan saya yg
membebel kerana tak puas hati bila org
kata surirumah tangga nie relaks sakan….Honestly aku lebih prefer kerja dari
duduk rumah tau penat kerja lain dengan penat surirumah, sekurangnya kerja penat otak
berfikir berjalan kan surirumah ni tenaga kot..katanya

No comments:
Post a Comment