CEMBURU BUTA
Perasaan cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan.
Namun, terdapat segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang
meluap-luap sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. Perasaan
cemburu ini dikenali sebagai cemburu buta.
Tapi cemburu buta ni dah tahap teruk.. semua emosi
bergabung dan meletup!!! marah, sedih, kecewa, geram, malu semuanya ada.. sebab
apa cemburu buta? selalunya seseorang tu terlampau sayangkan teman lelaki atau
perempuan dan tak nak ia dirampas oleh orang ketiga. Buruk sangka ini sering berkait rapat dengan
rasa cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang.
Kebiasaannya,
pertelingkahan akan tercetus disebabkan kurang persefahaman,
komunikasi atau tingkah laku baik lelaki mahupun wanita,
tetapi masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri meskipun merasakan terdapat
persamaan antara mereka.
Kata orang pergaduhan selalunya akan berakhir dgn ikatan kasih sayang tetapi ada juga
yang
diakhiri dengan ucapan selamat tinggal. Kepercayaan adalah merupakan kunci utama dalam kejayaan
sesebuah hubungan. Sekiranya anda tidak meletakkan kepercayaan terhadap
pasangan, pasti perasaan cemburu lebih sukar untuk dikawal.

No comments:
Post a Comment