KASIH ANAK
Kasih Ibu membawa ke syurga....itulah hakikatnya namun ramai anak2 sekarang menjadi Sitangang....dan yang paling sedih bila anak2 pula kata mereka ada banyak tanggungjawab jadi agak membebankan utk memelihara ibubapa mereka.
Masa kita di lahirkan pernah ke kita dengar ibubapa kita rasa membebankan utk membesarkan kita....pernahkah kita mendengar ibubapa kata anak2 mereka amat menyusahkan hidup mereka. Malah ibubapa sanggup bertungkus lumus mencari rezeki utk membesarkan kita...sedaya upaya cuba utk menyediakan keselesaan atau apa jua permintaan anak2 mereka. Yang penting mereka ingin melihat anak2 gembira dan bahagia. Tidak kira berapa ramai sekali pun anak2 mereka....tetapi mereka tetap bersyukur dgn pemberian Allah kerana bagi mereka anak2 adalah amanah.
Bila kita menangis kelaparan ibubapa sanggup bangun tidak kira waktu utk mengenyangkan perut kita.....memujuk dan mendodoikan kita hingga kita terlina. Bila kita terberak...terkencing ibu kita tidak pernah ada perasaan geli atau menrungut. Dengan segeranya ibu kita membersihkan kita...memandikan kita agar kita sentiasa dlm keadaan selesa. Bila kita sakit ibubapa sanggup menghantar kita ke klinik dan berjaga malam utk memastikan kita dapat tidur lena....Bila kita berjaya ke menara gading ibubapa sanggup bergolok bergadai semata2 utk melihat anak kesayangan mereka berjaya, dan ibubapa tidak mengharap pembalasan di atas setiap pengorbanannya. Kalau nak di cerita tentang pengorbanan ibubapa kita mmg tidak pernah habis sampai hujung nyawa mereka.
Tapi yg sedih sekarang 10 org anak ibubapa boleh jaga tapi ibubapa seorang belum tentu anak2 boleh menjaga mereka seperti mana mereka menjaga anak2. Kalau kita dengar anak2 letak ibubapa kat rumah org tua2 tu dah lali kita dengar. Tapi bagi anak2 yg dimulut kata sanggup jaga ibubapa tapi bila tiba masa lain pula jadinya. Ada juga anak2 yang tidak ikhlas menjaga ibubapa mereka. Malah ada yg merungut kata betapa terbebannya mereka kerana harus menjaga ibu bapa dan harus mengeluarkan perbelanjaan lebih utk memelihara ibubapa mereka. Saya nak tanya berapa ramai anak2 yg sanggup memandikan ibubapa mereka...memakaikan pampers....membasuh dan membersihkan najis ibubapa? Menyuapkan makan dgn rasa kasih sayang pd ibubapa mereka hingga mereka rasa kenyang....sanggup mencari duit utk perbelanjaan perubatan tak kira berapa pun....Memang lah ada tapi rasanya boleh dikira dengan jari. Apatah lagi bila berhadapan dgn isteri atau suami yg tidak berapa suka kita melebihkan ibubapa kita...yg ini banyak berlaku.
Cuma saya ingin anda renung2kan lah bila kita melukakan hati ibubapa kita...tak mustahil itulah yg bakal kita lalui bila anak2 kita pula lakukan pd kita....
No comments:
Post a Comment