Sejak azali lagi memang musuh utama wanita adalah wanita itu sendiri
Tak kiralah dlm situasi apa sekali pun memang wanita punya rasa cemburu sesama mereka. Banyak sbb wanita memusuhi wanita lain tapi yg pasti mungkin kerana wanita ini emosinya lebih dan sentiasa mengikut kata hati hingga kadang2 memakan diri sendiri.Kerana terlalu menginginkan jawatan yg disandang or iri hati dgn kawan2 office yang lebih bagus wanita mampu mempengaruhi org lain atau majikkan. Kajian juga mendapati ramai wanita yang berjaya meningkatkan kerjaya mahu kejayaan itu menjadi milik mereka seorang saja, sebilangannya tidak teragak-agak mensabotaj peluang wanita lain untuk mendapat kenaikan pangkat atau meningkatkan kerjaya mereka.
Kerana cinta pun wanita sanggup melukai hati wanita lain. Mereka tak kisah di gelar perampas atau perosak kebahagian org lain janji apa yang diingin mereka perolehi. Kerana cinta mereka sanggup memecah belahkan rumahtangga kaum sejenis mereka. Alasan yg selalu kita dengar dah jodoh mereka dgn suami org. Malah kerana cinta juga mereka boleh jadi tamak untuk membolot kasih sayang utk mereka seorang saja. Kerana cinta juga kawan baik boleh cantas suami, tunang or kekasih kawan baik sendiri. Lelaki nie adatlah pantang digoda itulah kelemahan mereka....lain mereka boleh tegas tapi bab2 pompuan2 nie mereka terus cair.
Kecantikkan juga boleh membuatkan wanita bermusuhan sesama mereka. Adatlah kan wanita dan kecantikkan tak boleh dipisahkan semua wanita inginkan diri mereka cantik dan menawan. Saya pernah dengar kisah benar kerana si polan nie terlalu cemburu dengan gadis sekampungnya yang lebih cantik dan menjadi perhatian jejaka2 kampung. Akhirnya gadis cantik ini menjadi mangsa cemburu dan dengki kawannya sendiri. Bila keluarga mereka bawa anak mereka berubat baru lah tahu yg salah sorang dari kawannya telah mengkianatinya dgn mengunakan khimat bomoh agar rambut gadis cantik ini gugur hingga botak, badannya kurus kering dan menjadi pucat lesu. Keciankan hawa nafsu mengatasi sebuah persahabatan....sedangkan Allah telah menjadikan umat mereka cukup sempurna dan ada kelebihan masing2.
Bukalah minda kita agar wanita lebih memahami wanita lain....buanglah rasa emosi dan ego itu agar wanita lebih menghormati wanita lain. Kalau wanita itu sendiri tidak membantu kaum sejenis mereka ....siapa lagi...
No comments:
Post a Comment